Dengan mindset dan cara yang salah membuatkan niat untuk diet dilupakan begitu saja...sebenarnya diet yang betul memerlukan kamu mengatur pola pemakanan agar lebih teratur dan berkesan.
Intermittent Fasting merupakan satu diet yang berkonsep mengatur cara pemakanan mengikut jadual yang ditetapkan. Dengan konsep ini ada masanya kamu boleh makan dan ada masa kamu perlu berpuasa.
IF boleh diamalkan dengan beberapa cara :1. OVERNIGHT FASTING
Berpuasa semalaman selama 12jam dalam sehari dan tempoh minimum adalah 12jam.
Contoh : Jika kamu berpuasa bermula pukul 7 pagi maka pukul 7 pagi esok barulah kamu akan berbuka.
2. WHOLE DAY FASTING
Berpuasa selama 24 jam dalam sehari dan boleh dilakukan dalam tempoh 1-2 seminggu. Namun ia bergantung kepada kemampuan seseorang individu.
Contoh : Jika kamu mula berpuasa pukul 8 malam dan berbuka pada pukul 8 malam esok.
3. ALTERNATE DAY FASTING
Berpuasa secara selang sehari dalam seminggu. Jumlah kalori makanan dan minuman hendaklah 500-600 kalori sahaja.
Contoh : Kamu berpuasa pada hari isnin, rabu, jumaat dan seterusnya.
4. SKIPPING MEALS FASTING
Cara ini memerlukan kamu untuk skip waktu makan dari yang biasa kamu amalkan sebelum ini.
Contoh : Pada waktu pagi kamu tidak bersarapan tetapi mengambil makan tengah hari dan tidak mengambil makan malam.
KEBAIKAN DIET IF :
- Membantu menstabilkan paras gula
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Membantu mendapatkan berat badan yang ideal.
- Meningkatkan pembakaran lemak.
- Membantu mengurangkan selera makan yang berlebihan.
- Membantu menurunkan berat.
- Menjadikan badan lebih ringan dan sihat.
No comments:
Post a Comment