Wednesday, March 22, 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

 


Holla...kita bertemu lagi di sini, 

Blog saya sebelum ini adalah  tentang INTERMITTENT FASTING tentang apa itu IF,  jenis-jenisnya dan kebaikannya.

Tapi untuk entri kali ini saya mau kongsikan sama kamu tentang keburukan IF pula.

Sesiapa saja baru memulakan diet IF pasti akan merasakan kesan sampingan seperti sakit kepala, kekurangan tenaga melampau dan sesak nafas dan macam-macam lagi.

Walaupun intermittent fasting sangat popular diamalkan oleh masyarakat pada masa kini namun ia juga membawa risiko kepada golongan tertentu,  contohnya wanita mengandung dan individu yang mempunyai masalah pemakanan disorder.

Perkongsian mengenai keburukan IF ini saya perolehi hasil dari kelas online bersama DR REDZA yang merupakan seorang doktor saintis,  pada 18 Mac 2023 bertempat di Kelana Jaya Selangor.




Menurut Dr Redza bentuk IF yang betul adalah 72 jam..boleh rujuk dekat gambar di bawah yang mana setiap jam sepanjang tempoh IF mempunyai manfaat yang berlainan.




๐Ÿ‘‰ 8 Jam IF : Sepanjang tempoh ini kandungan hormon insulin akan menurun di dalam badan.




๐Ÿ‘‰ 12 -15  jam IF : Badan akan mula proses membakar maka proses healing akan berlaku juga.


๐Ÿ‘‰ 17-24 jam IF : Proses detok akan berlaku yang akan memakan sel yang jahat dalam badan dan seterusnya memperbaiki sel.


๐Ÿ‘‰ 36 - 48 jam IF 



Sebelum memulakan diet IF ada baiknya kamu perlu tahu apa itu Hungry Hormones...jom saya perkenalkan.



1. HORMON INSULIN

  • Bertindak sebagai agen yang mengawal paras gula dalam badan.
  • Apabila paras  gula tinggi  barulah ia akan menghantar isyarat ke otak.


2. HORMON LEPTIN

  • Hormon yang memberi isyarat rasa kenyang.


3. HORMON GHRELIN :

  • Hormon yang memberi isyarat rasa lapar,  namun kita kena kenal pasti terlebih dahulu sama ada kita sedang alami rasa lapar air atau lapar makanan.
  • Contoh : Jika kita mendapati sedang lapar lagi setelah mengambil makanan ada baiknya mulakan dahulu dengan meminum air dan jika rasa lapar reda maka kita tak perlulah ambil makanan lagi.


4. HORMON INCRETIN: 

  • Hormon yang memberi isyarat jika paras gula dalam badan berlebihan.


KEBURUKAN IF

1. Meningkatkan pengambilan karbohidrat tidak terkawal.

Otak manusia memerlukan karbohidrat untuk berfungsi dengan baik sekurang-kurangnya 100gram dalam sehari. Tetapi ada yang berbuka dengan makanan tinggi kalori dan lebih karbohidrat dengan alasan sudah berpuasa selama beberapa jam jadi kononnya mau berbuka dengan pemakanan yang berlebihan.

Cth : Pengambilan nasi putih adalah lebih digalakkan berbanding mee goreng sebagai sumber karbohidrat.

Namun harus berjaga-jaga juga akan pengambilan karbohidrat agar paras insulin tidak berlebihan,  kerana jika insulin terlebih akan mengakibatkan hormon leptin-hormon rasa kenyang akan rosak makanya signal leptin tidak akan sampai ke otak disebabkan disekat oleh hormon insulin.

Bahaya jika hormon leptin rosak kerana akan mempengaruhi hormon lain turut rosak dan mendatangkan penyakit seperti Darah tinggi,  tiroid,  sakit jantung dan lain-lain lagi.


2.  Menjadi Faktor Kemurungan

Jika seseorang itu mengambil tempoh IF selama 72jam dan sepanjang tempoh itu akan mempengaruhi emosi menahan lapar sebelum sampai waktu berbuka. Ini tidak baik untuk kesihatan yang boleh membuatkan seseorang itu cepat marah atau lebih sensitif.


3.  Menurunkan Tahap Kolagen

AUTOPHAGY : Proses dimana ia diransang apabila tubuh berada dalam keadaan lapar,  contohnya seseorang itu berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.

Kebaikan :

๐Ÿ’š Mengitar semula protein residue

๐Ÿ’š Membuang protein beracun dari sel yang berkaitan dengan penyakit neurodegerative(Parkinson dan Alzheimer)

๐Ÿ’šMenyediakan tenaga dan blok untuk sel yang masih boleh mendapat manfaat daripada pembaikan.

๐Ÿ’š Membuat pertubuhan pada skala besar.

๐Ÿ’š Mencegah / merawat kanser.

Namun proses autophagy ini akan menyebabkan kolagen dalam badan akan rosak yang boleh menyebabkan tona kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Oleh itu kita kenalah topup semula kolagen dalam badan kita agar masalah tadi tidak muncul.

Sumber kolagen  :


 Jenis Kolagen :



FAKTOR yang merosakkan kolagen, 
 
๐Ÿ‘‰ Terlalu terdedah dengan sinaran matahari.

๐Ÿ‘‰ Pengambilan makanan bergula secara berlebihan.

๐Ÿ‘‰ Merokok

๐Ÿ‘‰ Tekanan

๐Ÿ‘‰ Tidur yang tidak cukup

๐Ÿ‘‰ Pemakanan tidak seimbang

๐Ÿ‘‰ Kekurangan Nutrisi


Oleh itu untuk lebih mudah dan senang untuk dapatkan semula kolagen boleh didapati dalam produk shaklee iaitu Collagen Powder, 











Doktor Redza ada mengatakan bahawa ada 3  SUPPLEMEN TERBAIK Shaklee yang membantu mengaktifkan autophagy....waa bertuahnya pengamal supplemen Shaklee.


Saranan :  
Semasa bulan puasa/ramadan makan supplemem sebelum azan subuh
(selepas Sahur)

1.  VIVIX




2. COQ TROL PLUS




3. RES- V


Oleh itu,  buat kamu semua yang pernah atau tengah planning  mau amalkan diet intermittent fasting buatlah dengan cara yang betul dan mengikut kesesuaian diri masing- masing agar tidak memudaratkan kesihatan.




Boleh hubungi saya :

Tel : 013 5581617

FB : Shireylynn John Junsun

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan
#pengedarshakleekualapenyu
#pengedarshakleesabah
#pengedarshakleekk





No comments:

Post a Comment

SET KURUS SHAKLEE BAJET

Nak kurus tapi masih gagal ? Sudah cuba macam-macam cara tapi masih gagal, tak apa jangan putus asa dulu yaa,  masih ada cara dan peluang. J...