Tuesday, June 20, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

  


Kesihatan merupakan satu nikmat yang Tuhan beri kepada manusia,  jadi kita harus hargai pemberian Tuhan ini agar hidup lebih bermakna di dunia ini. Hidup yang sihat bermula dari amalan aktiviti seharian kita.

Topik hari ini saya amat berbesar hati berkongsi dengan kamu semua tentang beberapa AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.


7 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT:


1. AMBIL MAKANAN SIHAT & SEIMBANG

Anda boleh ikut cara ini


Memang tidak di nafikan kita kini berdepan dengan pelbagai jenis makanan yang beraneka macam,  namun harus berjaga-jaga dalam pengambilan makanan hendak seimbang dan jangan berlebihan. Ada baiknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.


2. BIJAK TANGANI STRESS

Tahukah anda stress atau tekanan yang tidak terkawal akan menyebabkan emosi seseorang itu tidak stabil malah juga mempercepatkan lagi proses penuaan. Oleh itu,  cuba kawal stress anda sebaik mungkin agar hidup lebih tenang dan terhindar dari segala perkara negatif.


3. HENTIKAN TABIAT MEROKOK




Tabiat merokok juga menyumbang kepada faktor kesihatan merosot kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling. Sekiranya anda seorang perokok tegar memang tabiat ini sukar ditinggalkan namun jika anda tanam niat dan fokus yang  betul dan jelas pasti akan berjaya buang tabiat tersebut.


4. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA


Pengambilan air kosong hendak mencukupi keperluan badan kita yang mana kita disarankan mengambil air 2-3 liter sehari. Kajian sains ada mengatakan bahawa pengambilan segelas air selepas bangun tidur bagus untuk mengaktifkan organ dalaman. Manakala jika meminum air selepas mandi baik untuk merendahkan tekanan darah. Selain itu, untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik adalah disarankan meminum segelas air sebelum makan. Akhir sekali, boleh juga meminum segelas air sebelum tidur malam mampu mengelakkan strok dan serangan sakit jantung.




5. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP DAN BERKUALITI


Tidur merupakan satu cara untuk merehatkan tubuh badan kita setelah seharian bekerja. Waktu tidur berkualiti yang disarankan adalah 7-8jam sehari. Makanya anda perlu pastikan tidur yang mencukupi agar badan lebih cergas dan sihat.


6. LAKUKAN SENAMAN / AKTIVITI RIADAH



Bersenam juga bagus untuk kesihatan dan rohani. Antara aktiviti yang boleh dilakukan berjoging, hiking,  berbasikal,  main tenis,  badminton dan macam-macam mengikut kemampuan dan kesukaan diri kita sendiri.



7. JAGA KESIHATAN KULIT


Penjagaan kulit juga perlu diambil kira dengan mengambil produk penjagaan kulit seperti sunscreen,  moisturizer,  pencuci muka dan sebagainya. Ianya penting agar kulit menjadi lebih sihat dan bersih.


CADANGAN MAKANAN / SUPPLEMEN TAMBAHAN :

Melegakan stress





Bagi para perokok tegar, 
Supplemen ini membantu mengurangkan
Rasa keinginan merokok.



Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya...semoga ia sedikit sebanyak memberi panduan kepada anda semua untuk mendapatkan amalan gaya hidup sihat dan ceria.

Jika ingin mendapatkan produk Shaklee boleh terus hubungi atau whatApps saya yaa.


Klik saja icon wasap ini👇 :


atau

FB : Shireylynn John Junsun

#nextlevelblogging #blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan 
#pengedarshakleekualapenyu
#pengedarshakleesabah
#pengedarshakleekk












Monday, June 19, 2023

PETUA CARA HILANGKAN JERAGAT

Jeragat  merupakan tompok - tompok kecil yang berwarna gelap yang sering kelihatan di bahagian wajah seperti pipi,  hidung,  dahi,  dan sekitar kawasan mulut juga. Timbulnya tompok-tompok jeragat ini menjadikan tona kulit tidak sekata....ini sungguh merisaukan lebih-lebih kepada kaum wanita.



Walaupun jeragat ini tidak merbahaya namun ia akan membuatkan seseorang hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan  orang ramai serta membuatkan seseorang sering merasa risau dengan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah jeragatnya.


ANTARA PUNCA-PUNCA JERAGAT  :


  • Terlalu terdedah dengan cahaya matahari ( sinaran UV)

  • Pemakanan tidak sihat

  • Faktor perubahan Hormon badan

  • Penggunaan skincare yang tidak sesuai dengan kulit wajah.

  • Faktor usia meningkat

  • Faktor keturunan/genetik


Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa PETUA HILANGKAN JERAGAT yang anda boleh cuba dan ianya berkesan.


6 PETUA HILANGKAN JERAGAT :


1. GUNAKAN ALOEVERA/ LIDAH BUAYA


Kandungan alovera/lidah buaya berbentuk gel lembut yang sangat banyak mengandungi zat berkhasiat untuk wajah dan sesuai dengan kulit yang bermasalah.


Cara : Ambil lidah buaya yang sudah dicuci bersih dan potong belah dua kemudian ambil gelnya,  sapukan ke wajah kemudian tunggu beberapa minit sehingga gel lidah buaya kering dan meresap kedalam kulit. Setelah itu,  cuci wajah dengan bersih- bersih dan ulang cara ini sekurang -kurang 2 kali seminggu.


2. JAGA KEBERSIHAN WAJAH


Kebersihan amatlah penting segala aspek kehidupan kita,  apa lagi soal penjagaan wajah,  kita hendaklah mencuci wajah kita dengan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah kita agar kulit terasa lebih bersih dan sihat. Bagi para wanita,  jangan lupa cuci bersih muka anda selepas menggunakan make up seharian.


3. GUNAKAN SHEET FACE MASK



Sheet face mask juga boleh digunakan yang kini boleh didapati  seperti di Watson dan guardian. Bermacam-macam jenis yang ada  anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan suka anda. Penggunaan sheet face mask digalakkan 2-3 kali dalam seminggu.


4. KURANGKAN AMBIL MAKANAN PEDAS & BERMINYAK

Penggambilan makanan yang tidak sihat seperti terlalu mengambil makanan pedas dan berminyak juga menjadi punca jeragat muncul. Oleh itu,  cuba kawal pemakanan anda agar kulit lebih sihat dan dapat bonus kesihatan pun semakin baik.



5. LINDUNGI WAJAH DENGAN SUNCREEN/SUNBLOCK

Suncreen juga antara skincare yang penting membantu melindungi wajah kita daripada terus terdedah pada sinaran Uv,  adalah digalakkan anda memilih suncreen yang mempunyai SPF 50+++ yang boleh didapati di drug store atau boleh didapati dalam produk Shaklee iaitu Age Defence Moisturizer Sunblock terbaik, oleh itu pastikan sebelum keluar rumah guna suncreen dulu yer.


6. AMBIL SUPPLEMEN TAMBAHAN

Penggambilan supplemen juga amat disarankan seperti mengambil supplemen bagi membantu memudarkan jeragat dan yang paling penting kena konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Tapi kena berhati-hati memilih jenama, pilihlah jenama skincare atau supplemen yang mempunyai kajian sainstifik.



CADANGAN SUPPLEMEN / SKINCARE :








Sekian perkongsian dari saya semoga ia memberi manfaat kepada kamu semua dan terima kasih sudi baca blog saya...bye kita jumpa lagi di lain entry.


Klik saja icon wasap ini👇 :


atau

FB : Shireylynn John Junsun

#nextlevelblogging #blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan 
#pengedarshakleekualapenyu
#pengedarshakleesabah
#pengedarshakleekk









Monday, June 12, 2023

PENGEDAR SHAKLEE: KUALA PENYU / LABUAN

 


Hai Salam Sejahtera dan Salam Kenal buat semua.

Saya Shireylynn atau boleh panggil Lyn,  saya agent Shaklee yang berdaftar (ID: 1336230). Saya aktif di Kuala Penyu Sabah dan WP Labuan....jadi kalau korang tengah mencari agent Shaklee boleh roger-roger saya ya🤗


Untuk menjadi PENGEDAR SHAKLEE yang sah hanya memerlukan anda membayar yuran pendaftaran sebanyak RM35 sahaja, murah kan. Tak pun kamu boleh membeli apa-apa set produk yang menawarkan percuma keahlian...Naa lepas ja kamu daftar boleh sudah kamu menjadi agent dan ahli Shaklee yang sah.

Kedai Shaklee online saya sentiasa buka jadi korang boleh whatApps atau direct call saya untuk mendapatkan produk Shaklee saya juga menyediakan konsultasi secara percuma agar pengambilan produk lebih berkesan.

Bagi customer yang berdekatan kawasan saya...saya menyediakan perkhidmatam COD ke rumah pelanggan. Untuk customer yang jauh pula jangan risau produk korang akan di pos melalui courier service GD Express, hanya perlu order secara online sahaja dan HQ Shaklee akan mengurus bab-bab packing dan delivery ke alamat kamu.


Customer ini grab YOUTH skincare
 dan rumahnya tak jau dari kawasan perumahan saya,
jadi saya dan my bisnes partner
 jalan kaki ja COD ke rumah customer.





Selain itu,  untuk menjadi Pengedar Shaklee yang berilmu kami disediakan kelas secara online dan juga offline. Kelas itu bertujuan untuk membantu kami untuk lebih memahami dan menyampaikan maklumat setiap produk...kebanyakan kelas disediakan secara percuma tau.



Kelas bersama DR HARESH
 


Kelas dengan Kak Ida yang
hari- hari buat sales Vivix yang
merupakan produk Premium Shaklee.


Akhir kata,  saya ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang membeli produk Shaklee dengan saya...semoga kamu semua mendapat kebaikan setiap produk yang kamu amalkan dan diberi kesihatan yang baik.

Saya juga mempunyai Bisnes partner yang berada di Kota Kinabalu,  Sabah...bah jadi kamurang siapa yang area KK tu boleh contact dia ya👇

Liz : 014 3716225

FB : Lizz Kim Dk 


Jom tukar jenama supplemen ke SHAKLEE.



Klik saja icon wasap ini👇 :


atau

FB : Shireylynn John Junsun

#nextlevelblogging #blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan 
#pengedarshakleekualapenyu
#pengedarshakleesabah
#pengedarshakleekk









Sunday, June 11, 2023

TESTIMONI SHAKLEE SAYA : KESIHATAN & KULIT SEMAKIN BAIK

 Hai semua, 

Apa khabar kamurang  ?

Kita bertemu lagi dalam dunia blog saya..ok,  hari ini saya mau berkongsi tentang 2 vitamin yang saya wajib ambil setiap hari,  tidak boleh tinggal tau...my real TESTIMONI SHAKLEE.

Vitamin itu ialah Vitamin C dan Bcomplex...dua vitamin ini sangat bagus untuk imunisasi badan dan kesihatan kulit saya.

Saya ini dulu seorang yang mudah selesma dan batuk...lepas tu untuk sembuh pula mau ambil masa yang lama, kadang kala ambil  masa sampai 2 minggu baru sihat sepenuhnya. Situasi ini menjejaskan kualiti kerja dan emosi saya seharian.


Saya paling terkenal di klinik tempat saya selalu pergi tu  sampaikan doktor yang periksa itu pun boleh cam muka dan nama saya sudah,  bikin malu betul lah. Sebab setiap bulan saya mesti akan pergi klinik minta ubat, setiap bulan saya akan kerap diserang sakit seperti batuk,  selesma dan sakit tonsel...terus saya rasa macam down,  tak selesa buat kerja seharian,  aiyaa mana tahan la kan...makan ubat ja🤒



Tapi syukur saya bertemu dengan Shaklee melalui Alicia Dania Lee my upline, saya contact dia untuk dapatkan cadangan vitamin apa yang saya perlu ambil untuk selesaikan masalah kesihatan saya.


Tapi sebelum saya jumpa vitamin C Shaklee,  saya ada cuba juga vitamin lain yang jenis rendam dalam air,  tapi ianya sangat tak sesuai dengan perut saya gastrik pula muncul, vitamin itu buat perut saya jadi tak selesa dan sakit...lepas itu tiada perubahan positif yang saya dapat.


Maka saya pun berhenti mengambil vitamin tersebut dan beralih kepada vitamin C Shaklee, saya mula consume sejak tahun  2019 sehingga kini,  sedar tak sedar  termasuk tahun ini sudah 5 tahun saya amalkan shaklee..waa inilah vitamin yang paling lama saya ambil dan berkesan untuk saya, saya jatuh cinta si vitamin C dan terus konsisten makan sampai sekarang tanpa ragu-ragu lagi.


Kesan paling ketara lepas amalkan vitamin saya sudah tidak kerap selesama,  demam,  batuk dan kalau ada pun selang 5-6 bulan dan cepat sembuh tidak sudah berminggu-minggu kena hadap sakit tersebut.



Malah bukan hanya kesihatan  semakin baik tetapi kesihatan kulit saya juga turut baik,  yang mana kulit saya jenis bebas jerawat atau hanya ada jerawat muncul apabila datang bulan sahaja namun begitu tetap kelihatan kusam dan tona kulit tidak sekata, gelap lagi tu...setelah saya konsisten amalkan vitamin c semua masalah itu perlahan-lahan semakin baik,  syukur sangat...saya sangat teruja dapat rasa kesan positif ini.




Lepas itu saya add on lagi dengan Bcomplex yang ini sangat membantu saya untuk kawal stress di tempat kerja, maklum lah kerja kaunter hadapan(customer service) mesti mau tahan hati kan.

Memandangkan saya bekerja sebagai customer service makanya setiap hari perlu berdepan dengan banyak orang dan dengan bermacam-macam karenah pelanggan lagi...siapa yang sama bidang kerja macam saya pasti tau cabarannya kan,  tekanan dan mencabar jugalah.

Warna kuning  itu adalah vitamin  Bcomplex..lelaki atau wanita boleh amalkan

Vitamin ini diperbuat dari Estrak buah jagung dan mempunyai Sistem Perlepasan secara berperingkat(sustained release)




Bcomplex juga bagus untuk meningkatkan memori ingatan saya sebab banyak benda mahu ingat dalam perkerjaan saya...kalau lupa habislah memang kena marah oleh pelanggan atau majikan saya.

Ada satu lagi kesan paling saya dapat rasa ialah apabila datang bulan(period) saya akan mengalami sakit senggugut yang teruk tapi bila saya telan Bcomplex sakit itu mulai beransur-ansur berkurangan sakitnya,  ada rasa sakit tapi tak keterlaluan,  saya masih boleh tahan dan dapat melakukan aktiviti harian seperti hari-hari biasa.





Naa kamurang yang ada masalah period pain yang teruk tu bagus kamu cuba amalkan Bcomplex ini. Saya sangat berasa beruntung sejak jadi pengamal shaklee selama 5 tahun ini. 


Ikhlas saya kongsikan mengenai TESTIMONI SAYA ini dengan kamu semua sebab ia banyak memberi kesan positif dalam diri saya dan saya mahu kamu semua juga dapat merasakan maanfaatnya bersama.

Doakan saya dengan perkongsian ini semoga saya mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com iaitu Master Norita.


Saya sudah pilih shaklee,  

Bah kamu bila lagi ?




Klik saja icon wasap ini👇 :


atau

FB : Shireylynn John Junsun

#nextlevelblogging #blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan 
#pengedarshakleekualapenyu
#pengedarshakleesabah
#pengedarshakleekk


Friday, June 2, 2023

KATA-KATA MOTIVASI SEMANGAT DIRI



Setiap orang pasti pernah merasa down apabila berada dalam situasi titik terendah dalam hidup kita. Kita sebagai manusia yang hidup di dunia ini tidak akan pernah dapat lari dari masalah, kerisauan,  kegusaran dan bermacam-macam lagi..walau teruk macam mana pun sesuatu hal itu kita kena berani dan kuat menghadapinya. 

Macam mana korang bangkit dan bina semangat semula ?

Kalau saya...saya akan berbalik kepada Tuhan berdoa dan meminta petunjuk daripadanya agar diberi kekuatan dan semangat baru. Selain itu,  saya akan membaca kata-kata motivasi juga yang mana ia juga banyak membantu memberi kesedaran dan semangat kepada saya semula. Jika ingin lebih tenang lagi saya akan memasang lagu-lagu kerohanian membuatkan jiwa saya menjadi lebih tenang selepas mendengar lagu rohani.

Ujian dan cobaan hidup juga memberi banyak pengajaran yang bermanfaat untuk diri kita sendiri meski pun setiap ujian bagi setiap individu itu berbeza-beza. Oleh itu, kita haruslah jangan pernah menyerah.


APA ITU KATA - KATA MOTIVASI :

Motivasi merupakan satu dorongan atau inspirasi di dalam diri seseorang itu untuk mendorong melakukan sesuatu usaha bagi  mendapatkan atau mencapai hal-hal yang di inginkan dalam hidup.


KEBAIKAN KATA-KATA MOTIVASI :

  • Membantu memberi semangat baru
  • Membantu memberi tujuan yang ingin dicapai.
  • Membuatkan seseorang itu lebih bertanggungjawab mencapai targetnya.
  • Memberi kesedaran kepada diri
  • Memberi sumber inspirasi



Antara KATA-KATA MOTIVASI yang saya suka baca :

1. Selalu ada hal yang bisa disyukuri,  berhentilah mengeluh,  ada berkat di sebalik ucapan syukur.

2. Selangkah demi selangkah mari terus melangkahkan kaki,  meskipun tidak secepat berlari jangan pernah berhenti.

3. Apa yang kita minta belum tentu yang terbaik,  apa yang Allah beri pasti yang terbaik.

4. When everything is BAD,  PRAY when everyting is GOOD also pray,  be thankful always.

5. Motivate yourself,  don't listen to those, who only see your mistake.

6. This world need more good heart more than good face.

7. Life is not a race, do it at your own pace.

8. Berhentilah mencari alasan tetapi carilah penyelesaian.

9. No matter how you feel,  get up,  dress up,  show up and never give up. 

10. Semangat,  tetaplah menjadi versi terbaikmu setiap hari. Badan boleh lelah,  mata boleh basah tapi hati jangan pernah menyerah.

11. Tidak ada proses yang mudah untuk hasil yang indah.










Semoga perkongsian entri saya kali ini memberi sumber inspirasi dan memberi semangat buat kamu semua. Oleh itu,  sekiranya kita mempunyai masalah dalam hidup belajarlah menghadapi dan menyelesaikannya. Akhir kata,  salam sukses selalu dari saya🤗


Terima kasih kerana sudi membaca blog saya,  semoga kita berjumpa lagi di lain entri❤✨❤✨❤


Tel : 013 5581617

FB : Shireylynn John Junsun

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan 
#pengedarshakleekualapenyu
#pengedarshakleesabah
#pengedarshakleekk







 









MULTIVITAMIN PERTAMA SHAKLEE KINI BERWAJAH BARU


Pernah dengar tentang Multivitamin ?

Pada tahun 1915 wujudnya satu multivitamin yang dikenali dengan nama "VITALIZE MINERAL" dan telah disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" sehingga kini perkataan vitamin diguna pakai secara umum untuk semua supplemen.


Multivitamin tersebut merupakan multivitamin pertama di dunia telah dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee dan pada masa itu Dr Forrest C Shaklee baru berumur 21 tahun..hebatkan !! Wahh saya sungguh berbangga berada dan Shaklee family dan sehingga kini masih mengamalkan vitamin tersebut,  kerana kesan dan manfaatnya yang hebat. Ia merupakan vitamin pertama yang saya ambil dalam Shaklee.



Pada mulanya vitamin tersebut dicipta dalam bentuk cecair namun kini selari dengan peredaran masa  ia telah diperbaharui dalam bentuk tablet yang dikenali sebagai  Vita-Lea Iron Plus.


Vita-Lea ini mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita setiap hari termasuk juga vitamin C dan Beta Karotena yang bagus sebagai perlindungan antioksidan.


Ia juga merupakan MULTIVITAMIN SHAKLEE yang terpantas di dunia kerana menggunakan teknologi "Explo-Tab" ini menjadikan ia mudah larut di dalam badan kurang dari 10 minit selepas diambil.


Mampukah kita ambil makanan ini setiap hari ? Tapi dengan Vitalea semua itu kita boleh dapat.




Betapa hebatnya teknologi yang Shaklee gunakan dalam vitalea ini.




Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan VitaLea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multi-Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.





Bermula 1 Jun 2023 Shaklee telah memperkenalkan Vitalea dengan FORMULA BARU berserta nama baru VITA-LIZE yang mana  ia semestinya lebih mendatangkan manfaat yang lebih baik kepada pengguna.




SIAPA YANG PERLU VITA -LIZE :


  • Individu yang ada masalah tekanan darah rendah
  • Cepat merasa letih/lesu
  • Kekurangan Zat/Nutrisi
  • Jarang makan sayur & buah-buahan
  • Mengalami masalah rambut beruban diusia muda
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang lepas bersalin
  • Ibu yang menyusukan bayi
  • Individu yang mahu menjaga berat atau menambah berat badan



KEBAIKAN MENGAMBIL VITALIZE :

  • Memberi tenaga segera agar lebih cergas.
  • Membantu sistem memori untuk lebih fokus.
  • Sebagai pelengkap Nutrisi.
  • Meningkatkan metabolisme badan.
  • Melindungi fungsi organ badan seperti buah pinggang, jantung dan hati.
  • Membantu pertumbuhan dan kesihatan rambut,  otot, kulit, kuku dan hormon.




Jom dapatkan vitalize anda dan kepada yang belum pernah mencuba vitamin ini saya amat sarankan anda mencubanya dan rasai kebaikannya.


Klik saja icon wasap ini👇 :


atau

FB : Shireylynn John Junsun

#nextlevelblogging #blogmegashaklee
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan 
#pengedarshakleekualapenyu
#pengedarshakleesabah
#pengedarshakleekk







 









SET KURUS SHAKLEE BAJET

Nak kurus tapi masih gagal ? Sudah cuba macam-macam cara tapi masih gagal, tak apa jangan putus asa dulu yaa,  masih ada cara dan peluang. J...