Tuesday, September 5, 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

 


Finally im pregnant!!

Ini adalah kata-kata dan impian juga berita gembira setiap wanita yang sudah berkahwin pasti menginginkan kedatangan zuriat sebagai penyeri hubungan suami isteri dan lebih mengeratkan hubungan.


Pada fasa inilah WANITA MENGANDUNG akan mengalami pelbagai situasi,  alahan dan cabaran.


Jom kita sama-sama kenali usia kandungan, 


💟1 bulan = 4 minggu 2 hari

💟2 bulan = 8 minggu 4 hari

💟3 bulan = 12 minggu 4 hari

💟4 bulan= 17 minggu 1 hari

💟5 bulan = 21 minggu 3 hari

💟6 bulan = 24 minggu 5 hari

💟7 bulan = 30 minggu

💟8 bulan= 34 minggu 2 hari

💟9 bulan= 39 minggu 4 hari


CHECKLIST BUAT IBU


Barang keperluan buat ibu yang bakal melahirkan bayi perlu disediakan awal agar dapat membuat persiapan dengan lancar,  kerana ibu biasanya akan ditahan d wad untuk beberapa hari sehingga hari melahirkan.


Antara barang-barang keperluan ibu :


🔵Kain batik/ kain sarung -kain ini sangat selesa digunakan meskipun ada pakaian yang pihak hospital sediakan tapi anda juga boleh membawa kain batik sendiri mengikut  keselesaaan.


🔵Tuala - juga perlukan sedia sehelai kain tuala untuk kegunaan semasa di dalam wad ini kerana pihak hospital tidak akan sediakan kain tuala.



🔵Maternity Pad - sediakan beberapa keping pad bersalin yang bersaiz overnight bagi mengelakkan darah bocor atau tembus ke kain sarung si ibu selepas bersalin.


🔵Stokin - Ibu bersalin ini mudah masuk angin jadi perlunya untuk memakai stokin tebal bagi mengelak daripada kesejukan. Warna dan corak boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing.


🔵Tudung Express/sarung- bagi wanita Islam adalah penting untuk menjaga aurat biarpun semasa berada di wad. Pilih tudung yang mudah dipakai tanpa perlu digosok


🔵 Baju Mesra Menyusu - baju ini sangat penting untuk digunakan semasa menyusukan bayi agar lebih selesa dan memudahkan malah baju ini dapat digunakan selepas keluar wad juga.


🔵Pakaian dalam - pastikan pakaian dalam disediakan dan mencukupi.

 

🔵Selipar- semasa berada di wad juga adalah penting menyediakan selipar taoi pastikan tidak licin untuk digunakan.


🔵Ubat-ubatan- juga boleh sediakan ubat gosok panas  bagi membantu melegakan dan mengelakkan ibu rasa kesejukan dan kejang otot.


CHECKLIST BUAT BAYI


💗Baju Bayi Newborn - sediakan 1 atau 2 helai pakaian untuk bayi baru lahir pastikan kain yang lembut dan selesa dipakai oleh bayi serta berlengan panjang.



💗Kain Bedung- kain bedung pada masa kini banyak pilihan jadi boleh apa-apa saja tapi pastikan ia berkualiti agar tidak menjejaskan kulit bayi anda.


💗Sarung tangan dan sarung kaki- 

Bayi yang baru lahir memang perlu dipakaikan sarung tangan dan kaki bagi memastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan elak masuk angin.



💗Pampers - pada masa kini penggunaan pampers sangat popular berbanding pada zaman dahulu yang lebih banyak menggunakan lampin kain. Oleh itu, para ibu bapa sekalian sila pilih pampers yang sesuai saiz untuk bayi baru lahir,  dibungkusan plastik pampers akan ada tulis FOR NEW BORN.

 

💗Topi bayi - topi juga sangat penting untuk bayi bagi melindungi kepala bayi.



TIPS TIDUR NYENYAK BUAT WANITA MENGANDUNG.


✔Tidurlah dengan posisi menyamping ke kiri.

✔Amalkan rutin senaman dan yoga yang sesuai untuk ibu hamil.

✔Jika rasa sengal badan dapatkan bantuan suami urut,  para suami harus ambil perhatian soal ini juga tau.

✔Minum minuman yang hangat sebelum tidur seperti segelas susu.

✔Elakkan tidur dalam posisi terlentang.



5 MAKANAN TERLARANG BUAT PARA IBU MENGANDUNG :



1. Kerang mentah - Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil makanan kerang mentah kerana ia mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

2.Elakkan makan ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan makarel raja, ikan tuna atau ikan todak.

3. Jangan makanan laut yang dibakar dan tidak disediakan dengan cara yang betul kerana ia mungkin mengandungi bakteria Listeria monocytogenes.

4. Jangan makan telur kurang masak dan mentah kerana ia berkemungkinan mengandungi bakteria salmonella yang boleh menyebabkan muntah-muntah dan cirit -birit.


5. Jangan makan banyak makanan tinggi kandungan kafein kerana jika diambil secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan ibu dan bayi mungkin mendapat masalah seperti kelahiran pramtang,  kematian dalam rahim dan kurang berat semasa lahir.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan had maksimum 200 mg sehari bagi peminum kopi tegar.


Sampai disini saja perkongsian saya kali ini tentang keperluan wanita mengandung dan semoga sedikit sebanyak dapat membantu para ibu menjalani proses kehamilan dengan jayanya...salam sihat buat para ibu hamil semoga dapat proses kelahiran bayi anda nanti baik-baik saja.

Terima kasih sudi singgah ke blog saya❤


Klik saja icon ini 👇 


atau


#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Sihat itu Nikmat!!

Jom sertai kami untuk jadi Agent Shaklee

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik ini?

Sila hubungi saya segera :

Nama: Shireylynn John
Pengedar Sah Shaklee:
Labuan, Kuala Penyu, Menumbok,  Beaufort, Kota Kinabalu, Tawau dan Seluruh Sabah

Shaklee ID : 1336230
Tel No : 013 5581617
Email : shireylynnjunsun@yahoo.com
FB : Shireylynn John Junsun.

Setiap pembelian supplemen Shaklee dengan saya akan mendapat FREE CONSULTATION cara makan yang berkesan! jadi, jangan lepaskan peluang!!








 







No comments:

Post a Comment

SET KURUS SHAKLEE BAJET

Nak kurus tapi masih gagal ? Sudah cuba macam-macam cara tapi masih gagal, tak apa jangan putus asa dulu yaa,  masih ada cara dan peluang. J...