Kesihatan merupakan satu nikmat yang Tuhan beri kepada manusia, jadi kita harus hargai pemberian Tuhan ini agar hidup lebih bermakna di dunia ini. Hidup yang sihat bermula dari amalan aktiviti seharian kita.
Topik hari ini saya amat berbesar hati berkongsi dengan kamu semua tentang beberapa AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.
7 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT:
1. AMBIL MAKANAN SIHAT & SEIMBANG
Anda boleh ikut cara ini |
Memang tidak di nafikan kita kini berdepan dengan pelbagai jenis makanan yang beraneka macam, namun harus berjaga-jaga dalam pengambilan makanan hendak seimbang dan jangan berlebihan. Ada baiknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
2. BIJAK TANGANI STRESS
Tahukah anda stress atau tekanan yang tidak terkawal akan menyebabkan emosi seseorang itu tidak stabil malah juga mempercepatkan lagi proses penuaan. Oleh itu, cuba kawal stress anda sebaik mungkin agar hidup lebih tenang dan terhindar dari segala perkara negatif.
3. HENTIKAN TABIAT MEROKOK
Tabiat merokok juga menyumbang kepada faktor kesihatan merosot kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling. Sekiranya anda seorang perokok tegar memang tabiat ini sukar ditinggalkan namun jika anda tanam niat dan fokus yang betul dan jelas pasti akan berjaya buang tabiat tersebut.
4. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA
Pengambilan air kosong hendak mencukupi keperluan badan kita yang mana kita disarankan mengambil air 2-3 liter sehari. Kajian sains ada mengatakan bahawa pengambilan segelas air selepas bangun tidur bagus untuk mengaktifkan organ dalaman. Manakala jika meminum air selepas mandi baik untuk merendahkan tekanan darah. Selain itu, untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik adalah disarankan meminum segelas air sebelum makan. Akhir sekali, boleh juga meminum segelas air sebelum tidur malam mampu mengelakkan strok dan serangan sakit jantung.
5. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP DAN BERKUALITI
Tidur merupakan satu cara untuk merehatkan tubuh badan kita setelah seharian bekerja. Waktu tidur berkualiti yang disarankan adalah 7-8jam sehari. Makanya anda perlu pastikan tidur yang mencukupi agar badan lebih cergas dan sihat.
6. LAKUKAN SENAMAN / AKTIVITI RIADAH
Bersenam juga bagus untuk kesihatan dan rohani. Antara aktiviti yang boleh dilakukan berjoging, hiking, berbasikal, main tenis, badminton dan macam-macam mengikut kemampuan dan kesukaan diri kita sendiri.
7. JAGA KESIHATAN KULIT
Penjagaan kulit juga perlu diambil kira dengan mengambil produk penjagaan kulit seperti sunscreen, moisturizer, pencuci muka dan sebagainya. Ianya penting agar kulit menjadi lebih sihat dan bersih.
CADANGAN MAKANAN / SUPPLEMEN TAMBAHAN :
No comments:
Post a Comment