Jeragat merupakan tompok - tompok kecil yang berwarna gelap yang sering kelihatan di bahagian wajah seperti pipi, hidung, dahi, dan sekitar kawasan mulut juga. Timbulnya tompok-tompok jeragat ini menjadikan tona kulit tidak sekata....ini sungguh merisaukan lebih-lebih kepada kaum wanita.
ANTARA PUNCA-PUNCA JERAGAT :
- Terlalu terdedah dengan cahaya matahari ( sinaran UV)
- Pemakanan tidak sihat
- Faktor perubahan Hormon badan
- Penggunaan skincare yang tidak sesuai dengan kulit wajah.
- Faktor usia meningkat
- Faktor keturunan/genetik
Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa PETUA HILANGKAN JERAGAT yang anda boleh cuba dan ianya berkesan.
6 PETUA HILANGKAN JERAGAT :
1. GUNAKAN ALOEVERA/ LIDAH BUAYA
Kandungan alovera/lidah buaya berbentuk gel lembut yang sangat banyak mengandungi zat berkhasiat untuk wajah dan sesuai dengan kulit yang bermasalah.
Cara : Ambil lidah buaya yang sudah dicuci bersih dan potong belah dua kemudian ambil gelnya, sapukan ke wajah kemudian tunggu beberapa minit sehingga gel lidah buaya kering dan meresap kedalam kulit. Setelah itu, cuci wajah dengan bersih- bersih dan ulang cara ini sekurang -kurang 2 kali seminggu.
2. JAGA KEBERSIHAN WAJAH
Kebersihan amatlah penting segala aspek kehidupan kita, apa lagi soal penjagaan wajah, kita hendaklah mencuci wajah kita dengan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah kita agar kulit terasa lebih bersih dan sihat. Bagi para wanita, jangan lupa cuci bersih muka anda selepas menggunakan make up seharian.
3. GUNAKAN SHEET FACE MASK
5. LINDUNGI WAJAH DENGAN SUNCREEN/SUNBLOCK
Suncreen juga antara skincare yang penting membantu melindungi wajah kita daripada terus terdedah pada sinaran Uv, adalah digalakkan anda memilih suncreen yang mempunyai SPF 50+++ yang boleh didapati di drug store atau boleh didapati dalam produk Shaklee iaitu Age Defence Moisturizer Sunblock terbaik, oleh itu pastikan sebelum keluar rumah guna suncreen dulu yer.
6. AMBIL SUPPLEMEN TAMBAHAN
Penggambilan supplemen juga amat disarankan seperti mengambil supplemen bagi membantu memudarkan jeragat dan yang paling penting kena konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Tapi kena berhati-hati memilih jenama, pilihlah jenama skincare atau supplemen yang mempunyai kajian sainstifik.
CADANGAN SUPPLEMEN / SKINCARE :
Sekian perkongsian dari saya semoga ia memberi manfaat kepada kamu semua dan terima kasih sudi baca blog saya...bye kita jumpa lagi di lain entry.
Klik saja icon wasap ini👇 :
FB : Shireylynn John Junsun
No comments:
Post a Comment